
Sesetengah orang sanggup melakukan apa saja perkara untuk mendapatkan perhatian. Liarnya hingga sampai jadi ketagihan, yang perlahan-lahan tanpa disedari bertukar menjadi keperluan dalam hidup seharian. Mahu saja aku kasihani orang-orang sebegini. Terjerat dengan muslihat sendiri. Tetapi jika dikasihanipun, ia tidak mampu untuk mengubah keadaan, malah mana mungkin mengendurkan tabiat buruk yang sudah sebati dalam badan.